EKPLORASI DUNIA DIGITAL
PEMBELAJARAN DIGITALš¾
Pengenalan pembelajaran digital
Pembelajaran digital adalah pengajaran yang dapat membantu pelajar dalam pembelajaran. Hal ini kerana pelajar dapat mengaplikasikan pelbagai strategi dalam pendidikan yang telah dipertingkatkan dalam teknologi. Selain itu, menurut Molenda Dan Rusell (1969) teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Hal ini kerana ia juga merangkumi proses dan idea dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea dalam bentuk teori, kaedah, ciri ciri dan sebagainya. Disamping itu, guru juga boleh menggunakan piawaian ISTE (International society for Technology in Education) dalam pengajaran dan pembelajaran.
Adakah seni digital memberi manfaat kepada pembelajaran digital?
Seni ini telah dicipta dengan menggunakan komputer dalam bentuk digital dan
dijana sepenuhnya dengan program yang terdapat dalam komputer . Seni digital
didefinisikan sebagai seni yang dicipta dengan menggunakan komputer dalam bentuk
digital. Selain itu, seni digital juga dihasilkan melalui komputer seperti fraktal, seperti
dalam gambar yang diimbas, atau dilukis menggunakan perisian grafik vektor
menggunakan tetikus dan papan grafik. Disamping itu, apa yang kita tahu ialah digital kini
berkait rapat dengan perkembangan teknologi komputer yang mempunyai sistem
elektronik untuk menyimpan data dengan cepat dan tepat serta dirancang dan
diorganisasikan secara automatik supaya dapat terus disimpan di dalam memori iaitu
storage program.
Selain itu juga, digital
merupakan salah satu teknologi yang digunakan oleh rata-rata sekolah di
Malaysia. Teknologi juga merupakan satu aplikasi yang dapat mengintergrasikan
pelbagai media. Hal ini teknologi memberi kelebihan kepada pelajar kerana berperanan
untuk menarik minat pelajar dalam pembelajaran. Selain itu, teknologi merupakan
salah satu inisiatif yang ada kepada para pelajar untuk sentiasa menumpukan
perhatian. Selain itu, penggunaan teknologi dapat meningkatkan nilai
keberkesanan dalam penyampaian mesej di sekolah. Hal ini penggunaan seni
digital dapat membantu murid dalam meningkatkan lagi motivasi diri dan
menonjolkan kreativiti dengan melibatkan penyertaan diri secara aktif semasa
menjalankan aktiviti. Sebagai contoh, penggunaan grafik iaitu simbol, poster,
dan tipografi yang ada pada contoh poster yang digunakan.
MEDIA DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN :
- Berus
- Cat air
- Palet
- Kanvas
- Kertas

Rajah 2 menunjukkan palet warna bersama cat air
Comments
Post a Comment