TEKNIK BASAH ATAS BASAH
Teknik ini digunakan dengan melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang dibasahkan. Selain itu, teknik ini meninggalkan kesan lut sinar pada lukisan serta sapuan yang menggunakan teknik ini sangat sukar untuk dikawal. hal ini pelukis perlu membiarkan warna serta permukaan kekal lembap. Disamping itu, kertas yang dibasahkan adalah bertujuan untuk mengalirkan warna yang dimasukkan atau disapu diatas permukaan tersebut. Teknik basah atas basah ini sesuai digunakan pada permukaan yang luas seperti langit, tanah, dinding
bangunan serta latar belakang untuk lukisan alam benda.

rajah diatas menunjukkan hasil karya yang menggunakan teknik basah atas basah
Antara ciri-ciri teknik basah atas basah ialah:
- Warna yang disapu mestilah di atas permukaan yang basah.
- Sesuai untuk menampakkan kesan-kesan air atau awan.
- Memerlukan berus basah yang dicelup ke dalam warnayang lebih cair untuk di sapu pada permukaan lukisan.
- Sesuai untuk menghasilkan kesan lut sinar.
sila klik video dibawah untuk melihat cara-cara menggunakan teknik basah atas basah:
kredit: youtube
Comments
Post a Comment