TEKNIK BASAH ATAS KERING
Teknik ini melibatkan penggunaan cat air yang telah dicampurkan dengan sedikit air serta disapu di atas permukaan yang rata iaitu kertas. Selain itu, teknik ini biasa digunakan dengan membiarkan lapisan pertama kering terlebih dahulu sebelum warna kedua disapu dengan sapuan yang lembut. kebiasaanya pelukis-pelukis menggunakan teknik basah atas kering ini untuk menggelapkan lapisan pertama dengan memasukkan tona yang lebih gelap di atas warna yang sedia ada. Para pelukis juga sering menggunakan teknik kering atas kering ini untuk menghasilkan bentuk awan.☁

Rajah 6 menunjukkan proses menghasilkan
ANTARA CIRI-CIRI YANG TERDAPAT DALAM TEKNIK BASAH ATAS KERING IALAH:
- Warna yang disapu mempunyai campuran air yang sedikit atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering.
- Dapat menghasilkan kesan warna yang legap.
- Melibatkan aplikasi warna secara berlapis-lapis, iaitu daripada ton nipis kepada yang cerah dan yang tebal kepada gelap.
- Sapuan warna mudah dikawal dan sesuai digunakan untuk pelbagai jenis media.
kredit: youtube
Video diatas menunjukkan cara-cara untuk mengaplikasikan teknik basah atas kering dalam menghasilkan karya.
Comments
Post a Comment