CATAN MENGGUNAKAN CAT AIR
Apakah itu catan?👀🎨 Catan merupakan proses menghasilkan dua dimensi (2D) melukis dengan menggunakan cat serta gam pada permukaan sokongan seperti kertas, kanvas, atau dinding. Hal ini medium tersebut akan di sapu ke atas sesuatu permukaan yang rata atau legap. Catan ini selalu digunakan oleh pelukis-pelukis untuk meluahkan perasaan dengan menggunakan media berus dan warna. Bahan pewarna yang biasa digunakan dalam penghasilan catan ialah cat air, cat minyak, cat poster dan cat akrilik. Selain itu, aktiviti dalam penghasilan catan in juga dapat menghasilkan kesan cahaya pada rupa bentuk serta susunan secara lebih terperinci yang terdapat pada alam sekitar. Rajah di atas menunjukkan contoh karya catan Teknik catan pada halaman ini akan difokuskan kepada teknik catan dengan menggunakan cat air. Terdapat beberapa teknik dalam menggunakan cat air iaitu: Teknik basah atas basah Teknik basah atas kering Teknik kering atas kering Teknik kering atas basah